Sunday, 3 July 2016

Iklan raya

Cik shuya | 01:01:00 | 0Comments |
Assalammualaikum, selamat berpuasa

Baru baru ni aku ada tengok iklan yang lan pet pet tu, okay serius sedih. Tetiba aku tengok iklan tu tetiba rasa rindu zaman budak budak. sama macam aku mintak maaf pesen dulu dulu. HAHAH

satu satu salah aku sebut dekat abah, abah nak marah tapi tak jadi marah, abah senyum jee, tapi skg ni nak mintak maaf satu satu sampai besok lusa pun tak habis aku rasa, banyak sangat salah nya. HAHA, dah besar lagi banyak salah dari budak kecik.

Iklan tu bnyak sangat pengajaran. Din berani mintak maaf dekat ayah dia walaupun dia tahu apa akibatnya, din pandai sebab mintak maaf hari raya, konfem ayah dia takkan marah, sebab apa? sebab raya la. hhuuhu. Aku pun dulu macam tu, nak mintak maaff je tunggu raya, baru berani nak mengaku satu satu salah aku. Kalau aku mengaku time bulan posa time aku buat tu, memang naya la wehh melekat patang paip kat bontot. hahaha

Terima kasih sebab iklan tu banyak teringatkan aku masa zaman budak budak, banyak mksud dalam iklan tu, dan iklan tu sedih :( dan comel, huhu


Saturday, 2 July 2016

Semoga kau tenang

Cik shuya | 06:03:00 | 0Comments |
Assalammualaikum , Hi

Kau kawan dengan aku boleh kata dari dalam perut, yela, masa mak aku masuk wad nak lahirkan aku, mak kau pun tengah sarat sangat, nak lahirkan kau. Aku awal sejam je dari kau wehh , mak kau la cite, haha. Tengok dalam surat beranak mak kau kata, haha. Dari lepas lahir sampai la kau dengan aku besar panjang sehat dah.

Baru lagi weh aku jumpa kau, aku rasa dua hari lepas, tup tupp mak kau call aku, cakap kau dah takde, ya allah, sedih nye aku. Kau cakap nak keluar sama sama dengan aku, tapi tak sempat kn Awin. Aku doakan kau ditempatkan dengan orang yg beriman.

Aku rindu senyum kau beb, aku rindu nak usik kau nak kejar kau macam dulu, aku selalu sakat kau, sekarang aku dapat tengok gambar and surat kau je beb, kenangan yg takkan pernah aku padam. Terima kasih awin bagi aku kenangan yang cukup indah bagi aku. Semoga kau tenang disana NurAwin Ashera bt Raden Afwandi. Kau akan selalu dalam kenangan aku ^-^

Friday, 1 July 2016

FREE: Drawstring backpack

Cik shuya | 12:16:00 | 0Comments |


Assalammualaikum awak semua, sempena raya nii, rasa baik hati pulak nak bagi barang FREE, ada sesiapa yang minat drawstring backpack takk? Kalau ada nii nakk bagi percuma jee nii

Macam mana nak dapat barang Percuma nii? Senang je, korang repost balik ataupun tinggalkan jejak korang dekat komen supaya senang nak pilih pemenang nanti. Backpack ni ada TIGA tau, so apa tunggu lagi, jom rebut peluang jom. JANGAN LUPA tinggalkan jejak korang yee.


warna dan corak kami akan bagi random okay, jom ramai ramai join. Setiap minggu akan ada 3 orang pemenang, sampai habis bulan syawal, jom rebut peluang. selamat mencuba

Raya raya !

Cik shuya | 11:30:00 | 0Comments |
Assalammualaikum, pejam celik pejam celik. Dah nak raya kan. kejap nya. Rasa baru je kita puasa. Ni tuptup dah nak raya. korang raya tahun ni balik raya mana ? shua raya Perak. Nasib la beli tiket awal. Kalau tak nayaa la raya sensorang kat Penang. 

Korang semua dh balik raya kampung ke ? shua dah sampaii kampung. Alhamdulillah. Balik awal, boleh tolong ibu kemas rumah. kemas laa sangat kan. HAHA. almaklum la dari kecik memang jarang sikit mengemas. Kalau bab tukar langsir mengecat tu takde hal. Bab nak kemas baju masak semua tu. Entah laa. hahaha. 

Seronok nya kan raya dengan family nii. Tapi yg tak best nyaa, bila raya ada abang yang tak balik. Rasa macam lain ohhh. Serius cakap memang sedih gila, sayuu hati tak dapat kumpul full adik beradik. Ada yang balik rumah mak mertua ada yang kerja. EMMM. 

btw, shua nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Raya yang stay perak boleh la datang OPEN HOUSE rumah shua. hehe. Tapi pesan awal awal ni, duit raya takde yee, hahahah. 


© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.